Tiga lokaliti di Pahang, satu di Sabah dikenakan PKPD mulai Isnin

Dari Penulis

TIGA lokaliti di Pahang iaitu Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong di Lembah Bertam, Cameron Highlands serta Kampung Tamu Darat, Kota Belud, di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 20 September hingga 3 Oktober depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.

Sementara itu, PKPD di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu, Sabah dan dua zon dalam Mukim Kuala Kedah, Kota Setar, Kedah ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

PKPD di Penjara Tapah (termasuk kuarters), Batang Padang, Perak turut ditamatkan esok.

  • UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This