IMAM, bilal, siak, guru KAFA akan mendapat elaun khas RM500 sekali bayar.

SELEPAS Pulau Pinang, Perlis menjadi negeri terbaru yang membuka masjid kepada jemaah yang lengkap menerima vaksin COVID-19.

Malah, pembukaan masjid di Perlis bermula Rabu ini adalah secara sepenuhnya yang bukan sahaja untuk solat jemaah dan Jumaat tetapi merangkumi aktiviti lain seperti solat jenazah, kuliah agama, ceramah dan akad nikah.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pembukaan ini tertakluk dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diperketat.

Ini termasuk jemaah perlu memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 meter pada setiap masa dan tidak dibenarkan sebarang kontak seperti bersalaman.

Titah baginda, hanya anak kariah yang telah melengkapkan vaksin COVID-19 akan dibenarkan hadir ke masjid.

“Maksud vaksin lengkap adalah selepas 14 hari dari tarikh menerima suntikan dos kedua bagi vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac.

“Bagi vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino adalah selepas hari ke 28 dari tarikh suntikan dos kedua,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), malam tadi.

Baca artikel berkaitan: Dua dos: P. Pinang benar jumlah jemaah ikut kapasiti masjid, surau

Draf SOP solat berjemaah sudah dimuktamad – Idris

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, sebagai langkah kawalan dan penyelarasan, surau atau tempat solat umun lain masih ditutup melainkan mendapat kebenaran khas MAIPs atau Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Titah baginda, individu yang terlibat dengan aktiviti rentas sempadan tidak dibenarkan hadir ke masjid dalam tempoh dua minggu dari tarikh terakhir melakukan aktiviti itu dan semua jemaah yang hadir di masjid perlu mematuhi SOP keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.

Menerusi kenyataan itu, jamuan makan dibenarkan dengan cara mengedar makanan yang siap dibungkus.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram