Perlis, beberapa kawasan di Kedah dan Perak alami gelombang haba

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELURUH negeri Perlis, beberapa kawasan di Kedah dan Perak mencatatkan gelombang haba Tahap 2 setakat pukul 6 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, beberapa kawasan di Kedah yang berada pada tahap gelombang haba ialah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling.

Pada masa sama, katanya, Hulu Perak di Perak turut merekodkan gelombang haba.

“Tahap gelombang haba adalah apabila suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Berdasarkan rekod yang dikemas kini di laman rasmi MetMalaysia, beberapa kawasan lain di Kedah merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga melibatkan Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pulau Langkawi.

Cuaca panas Tahap 1 turut dilaporkan di Perak Tengah, Kinta, Kuala Kangsar dan Selama di Perak; Timur Laut serta Daerah Utara di Pulau Pinang; Jerantut di Pahang; dan Lubok Antu di Sarawak.

Kriteria Tahap 1 atau berjaga-jaga pula adalah apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga hari berturut-turut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This