Sikap segelintir AJK enggan divaksin, punca masjid tidak dapat dibuka sepenuhnya – Exco

Dari Penulis

KEENGANAN segelintir masyarakat Islam menerima vaksin COVID-19 menyukarkan pihak berkuasa pembukaan sepenuhnya masjid-masjid di Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata, sehingga semalam masih ada ahli masjid yang tidak mahu divaksin menyebabkan kelulusan sepenuhnya untuk membuka semula masjid-masjid belum dapat dipenuhi.

“Perkara ini sudah pasti sangat menyedihkan, walaupun golongan yang menolak vaksin mengatakan perkara itu adalah hak mereka, hak majoriti juga perlu dilindungi.

“Saya rasa sudah cukuplah media sosial menguar-uarkan perkara yang tidak berasas (berkenaan vaksin dan COVID-19) yang telah menyebabkan banyak program tertunda,” katanya pada sidang media hari ini.

Media hari ini melaporkan, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, hanya 20 peratus daripada 146 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pegawai serta ahli jawatankuasa masjid dan penolong pendaftar nikah JAIS yang hadir program vaksinasi khas JAIS hari ini, bersetuju mendapatkan suntikan dos pertama.

Menurut Mohd Shahzihan, jumlah sebenar mereka yang diarahkan hadir dalam program dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) itu adalah 872 orang.

Susulan itu, beliau berkata, JAIS dijangka mempersembahkan senarai individu yang enggan menerima vaksin di bawah kelolaan pihaknya kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Jumaat ini untuk tindakan lanjut. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang motosikal ditemukan maut dalam longkang

SEORANG penunggang motosikal ditemukan maut dalam longkang selepas hampir 18 jam terlibat dalam kemalangan, semalam. Mayat lelaki berusia 40-an itu...

More Articles Like This