LEBIH 1,000 mangsa banjir ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah di Selangor.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berikutan itu, beberapa langkah susulan dan bantuan akan diumumkan esok setelah kerajaan negeri meneliti keadaan banjir terkini.
“Insya-Allah, malam ini beberapa exco akan turun ke PPS untuk melihat sendiri apa yang berlaku dan esok kita akan melakukan satu taklimat khusus (berhubung pengurusan banjir).
“Saya ucapkan selamat pulang ke kawasan masing-masing (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan sila maklumkan jika apa-apa sokongan perlu diberikan terutamanya dalam berhadapan dengan bencana banjir,” katanya seperti dilapor Bernama.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Amirudin mengarahkan semua exco dan pegawai kerajaan Selangor turun menyantuni mangsa yang terjejas banjir susulan hujan lebat yang berlaku di negeri itu sejak semalam.
Baca artikel lain: Cerun setinggi 10 meter bersebelahan Blok D Flat Sri Lempah runtuh
Amirudin berkata, kerajaan negeri sedang mengemas kini perkembangan dan situasi banjir di seluruh Selangor.
Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, 14 PPS yang dibuka melibatkan Sabak Bernam dengan dua daripadanya sedang beroperasi, Kuala Selangor (tiga), Petaling (dua), Hulu Langat (empat), Klang (tiga) setakat 7 malam ini.
Mohd Najwan berkata, berdasarkan maklumat daripada Unit Pengurusan Bencana Negeri sebanyak 1,303 mangsa daripada 350 keluarga kini berlindung di PPS tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

