Kadar kematian lengkap vaksinasi hanya 0.01 peratus – KJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR kematian akibat pandemik COVID-19 kepada individu yang telah lengkap suntikan vaksinasi masing-masing berada pada paras 0.01 peratus sahaja.

Pendedahan itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Menurut Khairy, statistik itu adalah berdasarkan kajian populasi dalam kalangan 14 juta individu dilaksanakan Institut Kesihatan Nasional (NIH).

Ia sekali gus menandakan perangkaan 0.01 peratus itu bermakna hanya 1,400 kes kematian dicatatkan dalam kalangan individu yang lengkap imunisasi COVID-19.

Kata beliau, kadar breakthrough atau kematian selepas memperoleh dos lengkap vaksinasi itu tidak mengambil kira jenis vaksin yang diterima.

Selain itu, Khairy berkata, jumlah kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) bagi individu yang lengkap terima vaksin juga sangat rendah iaitu hanya 0.007 peratus atau 980 kes.

“Ini bermaksud vaksin yang kita berikan itu efektif. Kita tahu akan berlaku kematian juga kerana vaksin bukan mencegah 100 peratus tetapi kadarnya sangat rendah.

“Keberkesanan vaksin ini dicatatkan meskipun berlaku penularan jangkitan disebabkan varian membimbangkan (VOC) seperti Delta,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Tiada kesan sampingan serius dialami remaja terima vaksin COVID-19

Sementara itu, mengulas mengenai data kes kematian dilaporkan KKM, Khairy memaklumkan tidak berlaku ralat dalam pelaporan kematian tersebut.

Jelasnya, kes kematian akibat COVID-19 menghadapi tunggakan ekoran peningkatan jangkitan terutama di Lembah Klang antara hujung bulan Julai sehingga akhir Ogos lalu.

“Bagi melaporkan setiap kes kematian COVID-19, ia harus mengikut klasifikasi kematian di mana di Malaysia, hanya kematian disebabkan oleh jangkitan COVID-19 dilaporkan sebagai kematian bagi tujuan statistik kebangsaan.

“Ini juga turut menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa. Klasifikasi ini adalah mengikut garis panduan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), April 2020,” jelas beliau.

Malah, Khairy memaklumkan, tunggakan pelaporan kes kematian itu bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan India.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong

KENDERAAN hilang kawalan ketika cuba memotong dipercayai menjadi punca kemalangan maut meragut nyawa seorang pegawai polis dan seorang guru...

More Articles Like This