Stres Mempengaruhi Kesihatan & Produktiviti

Dari Penulis

Stres boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, di mana-mana dan tidak kira masa. Malah anda akan menjadi stres jika anda sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk menangani stres. Perlu ditekankan bahawa lelaki dan wanita adalah berbeza dalam menghadapi dan menangani stres.

Kesibukan memenuhi tuntutan kerja dan bebanan tanggungjawab dengan masa yang berjalan begitu pantas membuatkan manusia bekerja seperti robot. Stres boleh menjejaskan seluruh badan dan minda.

Paling mudah ditemui ialah stres di tempat kerja di mana jika dibiarkan akan menjejaskan produktiviti kerja.

Mengambil berat tentang kesihatan mental membantu kita menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Pada masa yang sama, menjaga tahap kesihatan tubuh badan adalah sangat penting untuk mendapat mental yang sihat.

Mental yang baik membantu kita melakukan aktiviti seharian dengan lebih positif dan menyeronokkan. Ia memberikan kita energi sihat untuk berhadapan dengan sebarang masalah dan cabaran yang datang sekali gus membuatkan kita menjalani hidup dengan lebih berkualiti.

Kesihatan mental melalui perubahan mengikut peringkat kitaran kehidupan. Walau bagaimanapun, sebenarnya tidak sukar untuk menjaga kesihatan mental kerana apa yang perlu diberi perhatian ialah amalan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan, melakukan senaman dan sentiasa berfikiran positif. Keprihatinan anda terhadap tahap kesihatan anda adalah aspek paling utama bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This