PELAKON dan pengacara Elly Mazlein membuat pengumuman bakal menimang cahaya mata lelaki.
Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,41, kini sudah mula bercuti daripada sebarang aktiviti seni sebagai persiapan menyambut kelahiran anak keduanya itu.
“Dengan ini, Kak Pom dah cuti rehat tunggu ‘baby boy’ mama lahir di dunia.
“Insya-Allah. Tak sabar nak jumpa permata hati kedua mama. Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya,” tulisnya di Instagram.
Elly atau mesra dengan panggilan Kak LIna Pom Pom mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh,31 pada 18 Januari 2020.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

