Perikatan Nasional segera selesaikan pembahagian kerusi, tidak tunggu UMNO – Muhyiddin

Dari Penulis

MAJLIS Tertinggi Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk segera menyelesaikan isu pembahagian kerusi antara parti-parti komponennya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRIU-15) yang dijangka akan diadakan tahun depan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembincangan pembahagian melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Parti Gerakan Nasional (Gerakan) serta parti komponen lain itu akan bermula minggu depan.

Ditanya adakah pembahagian kerusi itu turut melibatkan UMNO, Muhyiddin berkata, setakat ini parti itu belum jelas mengenai hala tuju kerjasama dengan UMNO dan pihaknya perlu membuat keputusan bagi pihak PN terlebih dahulu.

“Belum ada kenyataan jelas dari UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya rundingan kerusi itu dibuat antara kita dan parti-parti PN.

“Kita akan rundingi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kita akan agihkan antara Bersatu, Pas, Gerakan, Star dan SAPP. Itu keputusan yang telah kita buat kerana kita jangka pilihan raya mungkin pada tahun depan.

“Tempoh masa tak lama. Jadi kalau nak tunggu parti lain buat keputusan dan pendirian, ini akan ganggu persiapan yang akan diatur kita,” katanya pada sidang media selepas mepengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PN hari ini.

Tambah beliau, PN masih lagi belum mendapat gambaran berhubung pendirian UMNO untuk bersama mereka atau bergerak sendirian.

“Walaupun dalam kerajaan kita bersama malah kita ada majoriti tapi kita tak dapat indikator daripada UMNO sama ada nak sambung (kerjasama) atau tidak lagi bersama.

“Kita akan buat keputusan yang kita rasa penting untuk kita putuskan,” ujarnya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional di Ibu Pejabat Perikatan Nasional di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sementara itu, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata Majlis Tertinggi PN juga menetapkan majlis pelancaran rasmi parti PN peringkat kebangsaan akan diadakan pada November 2021.

“PN Negeri Selangor akan menjadi tuan rumah. Diputuskan juga Saiful Adli Mohd Arshad dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif parti berkuat kuasa 1 Oktober 2021,” ujarnya.

Muhyiddin berkata, mesyuarat hari ini telah membincangkan pelbagai isu yang melibatkan pentadbiran kerajaan, perancangan Majlis Pemulihan Negara, pengurusan pandemik covid-19, situasi ekonomi, Rancangan Malaysia Ke-12 dan isu-isu yang berbangkit berkaitan politik semasa.

“Mesyuarat telah mencapai ketetapan mengenai pendirian parti untuk menyokong Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 September 2021,” katanya.

Beliau berkata, PN akan memainkan peranan untuk menyampaikan pandangan dan pendirian PN dari masa ke semasa mengenai pelaksanaan MOU Transformasi dan Kestabilan Politik.

Katanya, mesyuarat juga membuat keputusan untuk saya sebagai Pengerusi PN bagi menyampaikan pendirian yang telah diambil oleh PN berkenaan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

“Kami juga telah membincangkan pendekatan dan program yang akan dilaksanakan untuk menyantuni golongan muda selaras dengan pelaksanaan Undi-18 dan bersiap sedia dengan penambahan pengundi-pengundi muda dan baharu ini.

“Perikatan Nasional sentiasa menghormati dan komited mendokong hak generasi muda untuk mengambil bahagian dalam proses pilihanraya dan amalan demokrasi di negara ini,” katanya. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This