PKPD di Kampung Bukit Serdang, Pahang mulai esok

Dari Penulis

KAMPUNG Bukit Serdang, Bera di Pahang dikenakan Perintah  Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 14 Oktober depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit. 

Turut dikenakan PKPD adalah dua lagi lokaliti di Pahang iaitu Ladang Felda Kechau 9 di Mukim Kechau dan Taman Teratai di Mukim Budu, bermula Sabtu ini hingga 15 Okt depan.

Selain itu, PKPD di tiga perkampungan Orang Asli di Temerloh iaitu Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong serta Penjara Penor, Kuantan kesemuanya di Pahang ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Rodzi berkata penamatan PKPD itu diputuskan setelah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi semasa di lokaliti berkenaan.

— BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This