Hanya satu SOP di Fasa Peralihan ke Endemik – Hishammuddin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MESYUARAT Menteri Kuartet Covid-19 memutuskan hanya satu prosedur operasi standard (SOP) akan diguna pakai bagi Fasa Peralihan ke Endemik.

Begitupun, Pengerusinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, SOP itu masih akan dikuatkuasakan di bawah Akta 342 bermula 1 April ini.

Menurut beliau, satu SOP itu secara asasnya telah dipermudahkan daripada 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Jelasnya, SOP tersebut mempunyai 10 keperluan seperti memakai pelitup muka ketika di tempat awam; waktu operasi perniagaan mengikut lesen dan permit; menjaga kebersihan tangan, melakukan ujian pengesanan Covid-19 berdasarkan National Testing Strategy dan menguruskan kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“SOP itu turut memerlukan orang ramai untuk menggunakan MySejahtera dan MySJTrace untuk pendaftaran kemasukan; memastikan penjarakan fizikal satu meter; memastikan pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik; memastikan kebersihan premis dan mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu.

“Kesemua 10 keperluan ini sudah biasa diamalkan oleh orang ramai dalam Fasa PPN. Saya percaya setiap lapisan masyarakat boleh untuk terus melaksanakannya dengan sebaik mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tiada lagi penjarakan fizikal satu meter dalam rumah ibadah – Perdana Menteri

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, Sembilan Garis Panduan juga telah dibangunkan bagi membantu rakyat membuat pilihan lebih selamat ketika menjalankan aktiviti harian.

Bagaimanapun, jelas beliau, garis panduan tersebut tidak akan dikuatkuasakan sebaliknya hanya untuk menjadi panduan yang amat digalakkan untuk rakyat.

“Sembilan Garis Panduan ini merangkumi pengangkutan dan perjalanan; pendidikan dan penjagaan; aktiviti peruncitan, makanan dan minuman; ruang kerja tertutup; kawasan kerja terbuka; acara, majlis, hiburan dan tarikan pelancong; hotel dan penginapan tetamu; keagamaan, perkahwinan dan pengebumian dan aktiviti dan fasiliti sukan, rekreasi dn riadah,” katanya.

Selain itu, Hishammuddin berkata, satu laman sesawang dengan kerjasama rapat Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang dibangunkan dan dalam peringkat akhir sebagai persedian Fasa Peralihan ke Endemik.

Katanya, laman sesawang itu dijangka dapat diakses dua minggu sebelum 1 April sekaligus boleh membantu masyarakat membuat persiapan sebelum fasa tersebut bermula.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This