IBU pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh, Sabariah Arshad meninggal dunia akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit pada pukul 11.54 malam semalam (Khamis) di Hospital Selayang.
Berita sedih itu dikongsikan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 32, menerusi Instagram miliknya.
“Assalamualaikum, mak saya telah pergi mengadap ilahi. Doakan mak saya ya semua. Mak jumpa abang di sana,” tulisnya.
Jenazah arwah akan dimandikan di Masjid Gombak Utara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak, Selangor sebelum solat Jumaat.

