UMNO pertahan kerusi dimenangi, tak mahu pisang berbuah dua kali – Ahmad Zahid

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UMNO akan terus mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Bukan itu sahaja, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menegaskan parti itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terhadap kerusi yang telah dimenangi UMNO.

Kata beliau, ia sejajar dengan keputusan secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tahun lalu.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, ketetapan itu juga lahir daripada suara akar umbi yang mahu UMNO menjadi dominan semula selepas PRU-15.

“Dominan bukan pula bermaksud angkuh tetapi kewajipan mengembalikan UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan.

“UMNO parti terbesar bangsa Melayu dan parti terbesar di negara ini, maka kemenangannya sangat signifikan dalam memastikan kestabilan yang kukuh,” katanya dalam hantaran dimuat naik ke Facebook hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO sedar akan ada parti lain bakal bertanding di kawasan sama dimenangi UMNO tetapi menegaskan ia lumrah sebagai sebuah negara demokrasi.

Baca artikel berkaitan: Perikatan Nasional segera selesaikan pembahagian kerusi, tidak tunggu UMNO – Muhyiddin

“Namun, jangan sesekali memperkecilkan kekuatan UMNO dan akar umbinya bangkit.

“Rakyat telah mengerti antara kebenaran dan kepalsuan. Mereka melihat dengan jelas apa yang berlaku selepas PRU-14.

“Pisang tidak berbuah dua kali. Cukup-cukup sudah apa yang terpaksa mereka lalui sejak 9 Mei 2018,” jelas beliau.

Semalam, Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk segera menyelesaikan isu pembahagian kerusi antara parti-parti komponennya dalam menghadapi PRU-15 yang dijangka diadakan tahun hadapan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbincangan pembahagian melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Parti Gerakan Nasional (Gerakan) serta parti komponen lain itu akan bermula minggu depan.

Ditanya adakah pembahagian kerusi itu turut melibatkan UMNO, Muhyiddin berkata, setakat ini parti itu belum jelas mengenai hala tuju kerjasama dengan UMNO dan pihaknya perlu membuat keputusan bagi pihak PN terlebih dahulu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This