Penjenayah guna gambar profil majikan, hantar WhatsApp perdaya mangsa beli kad gift

Dari Penulis

HATI-hati jika terima WhatsApp daripada majikan anda kerana yang menghubungi itu mungkin scammer dan kesudahannya akan menyebakan anda kerugian ribuan ringgit.

Justeru, jika terima WhatsApp daripada majikan, semak dahulu nombor telefon dan bukannya hanya melihat gambar profil sahaja.

Ini nasihat terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan dua kes melibatkan penipuan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk memperdaya mangsa melalui keadah penyamaran sebagai majikan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, PDRM menerima sebanyak dua kes penipuan berkenaan, melibatkan kerugian sebanyak RM30,250.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, suspek akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai majikan dengan menggunakan gambar profil mirip dengan gambar majikan mereka itu kepada mangsa.

“Mangsa yang percaya kemudiannya akan diarahkan untuk membuat pembelian kad ‘Google Play Gift’ yang boleh dibeli di kedai serbaneka dan menyerahkan maklumat nombor pin kad berkenaan kepada suspek.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati nombor telefon yang digunakan adalah berbeza dengan nombor sebenar milik majikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Wanita kena scam kerana percaya iklan kucing British Shorthair berharga murah

Wanita rugi RM395,200 diperdaya ”CHONGWEI4580”

Mohd Kamarudin berkata, dalam usaha mencegah kes sedemikian, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh kepada gambar profil sewenang-wenangnya.

Katanya, sesiapa sahaja perlu membuat semakan serta pengesahan terutamanya mesej-mesej melibatkan implikasi kewangan.

Tegas beliau, semua perlu berwaspada apabila menerima mesej melalui WhatsApp atau panggilan daripada nombor tidak dikenali.

“Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat ‘CCID Response Center’ di talian 03-26101559/1599,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This