8,075 kes baharu, hanya Kelantan dan Sarawak lebih 1,000

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JANGKITAN COVID-19 seluruh negara semakin hari semakin menunjukkan penurunan seiring dengan peningkatan kadar vaksinasi.

Jika semalam, buat pertama kali sejak sekian lama kes harian baharu kembali kepada empat angka iaitu sebanyak 9,066 jangkitan, hari ini jumlah itu makin menurun.

Jumlah kes baharu susut sehingga ke paras 8,000 kepada 8,075 jangkitan dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Kadar itu menyaksikan jumlah kumulatif pandemik COVID-19 telah mencecah 2.285 juta setakat ini.

Penularan harian itu juga merupakan kadar terendah sejak hampir tiga bulan lalu.

Sebagai rekod, Malaysia mencatatkan kadar lebih rendah daripada yang dilaporkan hari ini adalah pada 7 Julai lalu iaitu sebanyak 7,097 kes.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kebanyakan negeri merekodkan penurunan kes baharu.

Hanya dua negeri iaitu Sarawak dan Kelantan sahaja kekal mencatatkan empat angka kes baharu hari ini.

Sarawak merekodkan 1,189 jangkitan, turun 229 kes berbanding semalam manakala Kelantan pula naik sedikit kepada 1,020 hari ini.

Baca artikel berkaitan: 9,066 kes baharu COVID-19, terendah hampir tiga bulan

Selangor pula kembali kepada tiga angka kes selepas mencatatkan 686 jangkitan baharu hari ini.

Tiga negeri lain iaitu Sabah, Johor dan Kedah turut merekodkan penurunan jangkitan dengan masing-masing melaporkan 677 kes di Sabah; 781 di Johor dan 628 di Kedah.

Bagaimanapun, kes baharu di Pulau Pinang naik sedikit kepada 853 berbanding 620 direkodkan semalam.

Terengganu pula mencatatkan 636 jangkitan manakala Perak (548 kes) dan Pahang (522 kes).

Jangkitan baharu di Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur pula masih berlegar antara 100 ke 200 kes dengan Melaka sebanyak 219; Negeri Sembilan (108) serta Kuala Lumpur 151 kes.

Perlis mencatatkan 36 jangkitan diikuti Purajaya sebanyak 19 kes.

Hanya dua kes direkodkan di Labuan hari ini.

Berikut pecahan kes baharu mengikut negeri:

Sehingga 4 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah: 8,075 kes (2,285,640 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 686 (682,302)
Sarawak – 1,189 (216,765)
Sabah – 677 (201,073)
Johor – 781 (199,948)
WPKL – 151 (186,872)
Kedah – 628 (137,417)
Pulau Pinang – 853 (133,229)
Kelantan – 1,020 (119,270)
Perak – 548 (105,267)
Negeri Sembilan – 108 (97,951)
Pahang – 522 (67,204)
Melaka – 219 (59,364)
Terengganu – 636 (58,625)
WP Labuan – 2 (9,971)
WP Putrajaya – 19 (6,249)
Perlis – 36 (4,133)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This