SELEPAS mencatatkan penurunan untuk beberapa hari, kes baharu COVID-19 kembali mencatatkan sedikit peningkatan hari ini.
Jika semalam, jumlah jangkitan buat pertama kali menurun kepada 8,075 kes sejak 12 Julai lalu.
Jumlah kes baharu hari ini meningkat sedikit kepada 8,817 penularan dilaporkan setakat tengah hari tadi.
Kadar itu menyaksikan jumlah kumulatif pandemik COVID-19 telah mencecah 2.294 juta.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes baharu di Selangor naik semula melebihi 1,000.
Setakat tengah hari tadi, jangkitan baharu di Selangor naik semula kepada 1,348 kes.
Sarawak pula kekal merekodkan kes di atas paras 1,000 apabila merekodkan 1,361 jangkitan, naik sedikit berbanding 1,189 semalam.
Kes baharu di Kelantan juga mencatatkan sedikit peningkatan hari ini selepas merekodkan 1,063 jangkitan hari ini.
Beberapa negeri lain turut mencatatkan kenaikan kes hari ini termasuk Johor dan Sabah yang meningkat kepada 886 dan 805 jangkitan hari ini.
Baca artikel berkaitan: 8,075 kes baharu, hanya Kelantan dan Sarawak lebih 1,000
Dua negeri lain iaitu Pulau Pinang dan Kedah turut merekodkan penurunan jangkitan dengan masing-masing melaporkan 595 dan 576 kes.
Bagaimanapun, kes baharu di Pahang naik sedikit kepada 696 berbanding 522 direkodkan semalam.
Terengganu pula mencatatkan penurunan mendadak kepada 356 jangkitan manakala Perak (478 kes) dan Kuala Lumpur (217 kes).
Negeri Sembilan pula mencatatkan 122 kes hari ini manakala Melaka kekal berada di paras 200 kepada 246 jangkitan.
Sebanyak 47 kes dicatatkan di Perlis dan 23 di Putrajaya.
Hanya tiga kes direkodkan di Labuan.
Sehingga 5 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,817 kes (2,294,457 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,348 (683,652)
Sarawak – 1,361 (218,126)
Sabah – 805 (201,878)
Johor – 886 (200,834)
WPKL – 217 (187,087)
Kedah – 576 (137,993)
Pulau Pinang – 595 (133,824)
Kelantan – 1,063 (120,333)
Perak – 473 (105,740)
Negeri Sembilan – 122 (98,073)
Pahang – 696 (67,900)
Melaka – 246 (59,610)
Terengganu – 356 (58,981)
WP Labuan – 3 (9,974)
WP Putrajaya – 23 (6,272)
Perlis – 47 (4,180)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

