SPRM tumpaskan kartel projek kerajaan RM2.5 juta

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 13 individu termasuk seorang pengarah dan bekas pengarah sebuah agensi kerajaan di utara tanah air kerana disyaki terbabit dalam sindiket rasuah bernilai kira-kira RM2.5 juta bagi memonopoli projek lantikan terus dan sebut harga.

Semua suspek terdiri daripada 10 lelaki dan tiga wanita berusia antara 30 hingga 60-an ditahan dalam operasi khas dikenali sebagai Op Drain yang dijalankan di beberapa negeri, Isnin lalu.

Menurut sumber, kesemua suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor sebagai balasan melantik syarikat yang dikawal ejen kartel untuk memperoleh projek di bawah agensi berkenaan.

“Modus operandi sindiket itu dipercayai membolehkan kumpulan tertentu memonopoli kerja-kerja lantikan terus dan sebut harga dengan menggunakan orang tengah bagi menguruskan pembayaran rasuah,” katanya.

Tiga suspek membabitkan dua penjawat awam dan seorang pengarah syarikat direman selama dua hari bermula 16 hingga 17 Jun, manakala 10 lagi direman lima hari sehingga 20 Jun.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Daripada 13 individu yang ditahan, lapan adalah penjawat awam manakala lima lagi terdiri daripada orang awam dan pemilik syarikat.

Siasatan awal mendapati kegiatan itu dipercayai berlaku antara 2024 hingga tahun ini.

Menurut sumber, kontraktor yang ditahan mendakwa mereka perlu membayar rasuah antara 10 hingga 15 peratus daripada nilai projek kepada orang tengah sebelum disalurkan kepada pengarah dan bekas pengarah agensi kerajaan terbabit.

Dalam operasi sama, SPRM menggeledah 25 lokasi membabitkan kediaman, pejabat dan agensi kerajaan di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang serta Perak.

Hasil serbuan itu, SPRM menyita wang tunai kira-kira RM1.5 juta, sebuah jam tangan mewah, dua kenderaan, sebuah motosikal berkuasa tinggi serta barang kemas bernilai hampir RM1 juta.

Sementara itu, Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This