“Berilah peluang PH memerintah, takkan kita hendak jadikan Melaka mundur” – Idris Haron tolak PRN

Dari Penulis

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menolak cadangan UMNO untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu merupakan salah seorang daripada tiga ADUN yang menolak kepemimpinan UMNO di Melaka dengan kini menyokong Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil alih kerajaan negeri.

Katanya, PRN tidak sepatutnya diadakan sekarang, sebaliknya pemimpin PH perlu diberi peluang mengetuai Melaka kerana mereka juga mampu memajukan negeri itu jika diberi peluang mememerintah.

Beliau menegaskan, jika pemimpin PH dipilih menjadi Ketua Menteri, beliau yakin Melaka akan tetap dimajukan, bukannya diundurkan 20 tahun.

“Kalau PH bentuk kerajaan, takkanlah kita hendak jadikan Melaka mundur, sudah tentulah kita majukan negeri kita ini,” katanya memetik laporan BH Online.

Semalam, selain Idris, yang turut mengumumkan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali ialah ADUN Pantai Kundor dari BN, Datuk Nor Azman Hassan; Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

BERITA BERKAITAN Zahid cadang bubar DUN Melaka, serah kembali mandat kepada rakyat

Idris juga memberi alasan PRN tidak sesuai diadakan sekarang kerana pandemik COVID-19 dan membabitkan kos perbelanjaan yang tinggi.

“Selain itu, PRU-15 sudah dekat, lebih kurang setahun setengah saja lagi dan kita tidak mahu apa yang berlaku pada PRN Sabah sebelum ini berulang di tempat kita yang menyaksikan jumlah pesakit COVID-19 naik mendadak,” katanya.

Bagaimanapun, Idris menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam sama ada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau memilih Ketua Menteri yang baharu dalam kalangan pemimpin PH.

Semalam, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dilaporkan akan mencadangkan kepada Mohd Ali supaya membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan.

Turut mencadangkan agar PRN diadakan ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This