Kerajaan kutip RM72.72 juta nilai kompaun akibat pelanggaran SOP

Dari Penulis

SEBANYAK RM72.72 juta nilai kompaun dikutip kerajaan berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam 18 bulan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, nilai itu merupakan kutipan sejak tahun lalu sehingga 31 Ogos tahun ini.

“Jumlah bilangan kompaun melanggar SOP yang dikeluarkan sejak 2020 hingga kini ialah sebanyak 181,704,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Teh Kok Lim (PH-Taiping) mengenai bilangan dan nilai kompaun melanggar SOP yang telah dikeluarkan sejak 2020 sehingga sekarang.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan individu yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP PKP boleh mendapatkan potongan 50 peratus jika membayarnya dalam masa tujuh hari.

Selain itu, mereka yang membayar kompaun dalam masa 14 hari juga akan diberi diskaun 25 peratus.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This