PKPD di Ladang Bera Selatan, mulai esok

Dari Penulis

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dilaksanakan di Ladang Bera Selatan 5 dan 7, Bera, Pahang bermula esok hingga 19 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan media sosial, hari ini.

Beliau berkata, PKPD di Perumahan Ladang FELDA Umas 6, Kalabakan, Sabah dan Kampung Baru Cenderawasih, Pekan, Pahang ditamatkan esok seperti yang dijadualkan. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This