DUNYA, band baru Sharul Kamal selepas bergerak solo

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

HASRAT penyanyi Sharul Kamal yang ingin menubuhkan sebuah band muzik akhirnya tercapai dengan DUNYA.

Ujar Sharul atau nama penuhnya Muhammad Sharul Amin Kamarozaman,24, dia sudah lama menyimpan impian untuk membuat bergerak dengan sebuah kumpulan.

“Idea nak menubuhkan band ini sudah lama, saya memang teringin nak buat persembahan atas pentas bersama band sebab sebelum ini saya pernah ikut Drama Band dan Akim & The Majistret sebagai kru.

Banyak yang saya belajar mengenai band. Dari situ saya mengumpul segala semangat dan ilmu daripada mereka selama beberapa tahun untuk saya nak menubuhkan band.

“Cuma sebelum ini masa tak sesuai dan rezeki pun belum sampai. Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan saya tahun lepas ketika berjumpa penyanyi Stacy. Lagi pula saya sudah bergerak solo lebih kurang enam tahun sejak keluar AF2015.

“Jadi saya berasakan kena buat sesuatu yang lain. Bukan saja konsep, tapi dari segi muzik yang nak dibawa juga kena baru. Itu yang tercetusnya idea nak menubuhkan band DUNYA,” katanya kepada URTV.

DUNYA tampil dengan single sulung berjudul Kuala Lumpuh

Sharul berterima kasih kepada pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy yang merupakan pemilik syarikat rakaman Rhythm & Rhyme Entertainment yang menjadi tulang belakang penubuhan DUNYA.

“Ketika itu masih belum ada lagu, baru ada idea nak buat band saja. Saya pun kuatkan hati cakap pada Stacy. Kebetulan dia bersetuju sebab dia ada perancangan sama untuk saya. Jadi kami mula mencari dan kumpul anggota kumpulan.

“Alhamdulillah selepas pelbagai dugaan dan rintangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terhasillah lagu Kuala Lumpuh dan dapat juga menyiapkan video muzik.

“Bukan sebab tengok orang lain ada band, saya nak ada band juga, tidak. Sebelum ini saya pernah bekerja dengan band lain, jadi saya dapat rasa kena ada sesuatu atau geng.

“Lagi pun saya ingat lagi kata-kata bekas pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim, dia pernah cakap karakter saya lebih sesuai dengan band. Masa itu saya masih lagi kosong dalam bidang ini dan kurang memahami apa yang disampaikan.

” Tetapi ia tidak bermaksud saya tidak lagi bergerak solo. Cuma buat masa ini saya nak fokus pada band. Andai kata ada projek solo, saya tetap akan buat,” akhirinya.

Selain Sharul selaku vokalis, band itu turut dianggotai oleh Tuah Johari (bass) dan Odot (Dram).

Single pertama dan video muzik rasmi lagu Kuala Lumpuh sudah dilancarkan secara rasmi pada 17 September lalu di saluran YouTube Rhythm and Rhyme Entertainment.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This