Pegang anjing, Sharul Kamal masih tahu hukum agama -“Saya dah pastikan tangan kering…,”

Dari Penulis

KECOH di media sosial mengenai isu memegang anjing oleh pelakon dan penyanyi, Sharul Kamal yang dikecam hebat oleh netizen.

Ujar Sharul atau Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, dia menjelaskan tentang perkara itu sebenarnya untuk membiasakan diri dengan haiwan tersebut dan menyesuaikan watak dalam lakonannya yang bakal ditayangkan nanti.

Tambahnya, dia memastikan tangannya kering dan hanya memegang bulu kepala anjing itu serta yakin haiwan itu tidak menjilat bahagian tersebut.

“Sebenarnya, saya ni takut juga dengan anjing, saya kena bawa watak yang sebegitu untuk lakonan saya. Jadi, saya kena biasakan dengan anjing.

“Saya dah pastikan tangan saya kering, dan anjing tu pun kering. Saya pegang bulu kepala anjing tu saja dan mustahil tempat tu dia jilat,” katanya ketika dihubungi oleh URTV.

Pelakon yang berusia 27 tahun itu meluahkan rasa syukur masih berpengetahuan dalam ilmu agama terutamanya hukum hakam malah memesan kepada netizen untuk tidak menghukum bagaikan tiada dosa.

Susulan kejadian itu, ruangan komen yang penuh dengan kata-kata negatif dan positif itu merupakan ‘social experiment’ untuk lagu barunya, Parasit Media yang baru dilancarkan pada minggu lalu tetapi dia memaklumkan itu bukan ‘marketing’.

“Saya tahu hukum hakam mengenai itu. Alhamdulillah, Tuhan masih lagi pelihara saya. Kalau nak cerita pasal dosa, ada banyak dosa dekat diri kita sekarang ni dan tak payah pegang anjing pun dah ada dosa lain.

“Soal dosa atau tidak, itu bukan kerja kita atau sesiapa nak hukum. Sebenarnya apa yang jadi dekat ruangan komen saya tu, itu adalah ‘social experiment’ lagu Parasit Media tapi yang ini bukan ‘marketing,” jelasnya.

Namun begitu, penyanyi lagu Bunga Indah itu tidak mempedulikan kata-kata negatif daripada netizen malah lebih memahami budaya biasa dalam dunia alam maya.

Pelakon drama Adam Chempaka itu hairan dengan tindakan netizen yang seolah-olah mempedulikan hantaran yang dimuat naik itu sedangkan sebelum ini tiada isu yang ditimbulkan oleh mereka.

“Saya dah lapan tahun berada dalam industri dan saya dah faham dengan pelbagai budaya yang ada dalam ‘negeri’ alam maya ni.

“Sejujurnya, saya tak terasa pun dengan komen mereka tapi bila saya baca komen-komen itu, teruk betul kecaman yang mereka lontarkan.

“Saya hairan dengan netizen. Mereka tak kenal saya pun, tiba-tiba nak komen macam dah kenal rapat dengan saya sedangkan penyelesaian isu pegang anjing tu, hanyalah samak. Jadi, samak saja lah.

“Saya pun tak ada balas komen netizen, hanya dua komen saja saya layan dan seterusnya saya biarkan saja,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon filem Seratus itu kekal bersabar melainkan jika mereka bersikap melampau dengan menyentuh isu dalaman dan peribadi termasuk hal keluarganya.

Pada Jumaat lalu, Sharul memuat naik hantaran menerusi Instagram miliknya bertindak membelai bulu kepala anjing dan meletakkan single terbarunya, Parasit Media sebagai latar belakang lagu telah mendapat kecaman daripada warganet.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiket bermula RM150, siri konsert SPOTLIGHT KLCC janjikan pengalaman intim bertaraf premium

LANDSKAP hiburan tempatan bakal menyaksikan satu penanda aras baharu apabila pentas berprestij Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)...

More Articles Like This