mrs grand
Tengku Nath Nathasha

MEMEGANG status sebagai seorang ibu tidak pernah menghalang minat dan cita-cita Tengku Nath Nathasha untuk menyertai Mrs Grand Malaysia buat julung kalinya.

Ibu muda ini menegaskan setiap wanita itu sememangnya dilahirkan cantik dari kecil, dan kecantikan sebenar itu datang dari hati selain berani menghadapi cabaran serta liku-liku hidup dan perlu berkeyakinan tinggi.

Kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, dia mahu mengubah persepsi masyarakat yang sering menganggap perkahwinan dan gelaran ibu tunggal menghalang wanita untuk mencapai cita-cita serta impian yang dikejar.

“Saya sekolah di saat saya sudah berkahwin, saya ke kuliah di saat saya sudah punya anak, malah saya juga berkerja,” kata figura berusia 32 tahun ini yang mesra disapa Nath yang juga merupakan peserta Gadis Campbell anjuran URTV.

Ujarnya, menjadi cantik itu bukan sahaja impiannya, malah ia adalah hasrat setiap wanita.

“Saya keluar cantik-cantik, anda juga harus begitu kerana saya juga merupakan seorang wanita seperti anda,” katanya kepada URTV.

Nath yang berdarah campuran Kelantan-Thailand yang pernah menetap di Singapura telah berkecimpung dalam bidang peragaan sejak berusia 16 tahun.

Baca artikel: Jangan lupa SOP, kes baharu naik kepada 7,950 hari ini

“Kita bertanggungjawab di atas kebahagiaan diri sendiri, kita bahagia, kita cantik, rezeki pun datang”.

Selain model sambilan dan duta produk, ibu tunggal ini dilihat sebagai sosok wanita cekal, sabar, tabah serta berani selepas 10 tahun menguruskan diri sendiri bersama anak-anaknya.

Mrs Grand Malaysia bakal berlangsung di Malaysia pada Januari tahun hadapan dianjurkan oleh Sun Production dan Bkaynair Resources Training & Development.

Dalam sesi uji bakat yang berlangsung pada 9 Oktober lalu, bertempat di Bollyon Studios Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas, seramai 30 orang peserta telah dipilih yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.

Sementara itu, barisan para para juri akan menampilkan Miss Malaysia Asia Pacific 1995, Previtha Thiagarajah, Mrs Malaysia Tourism Queen International 2019 Champion, Trini Wong dan Ms Malaysia Indian Tourism, Bkay Nair.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram