LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan Tan Sri Md Nor Yusof telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi TH berkuatkuasa hari ini.
Sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengerusi TH, Md Nor telah memacu usaha-usaha penyusunan semula, perkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH sebagai sebuah organisasi Islam yang bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan rukun Islam yang ke lima.
Jumlah deposit pada 30 Jun 2021 ialah RM81.14 bilion iaitu tahap tertinggi sejak TH ditubuhkan 58 tahun yang lalu yang mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang lebih tinggi dari pendeposit, kata TH dalam satu kenyataan akhbar.
“Para anggota lembaga, pengurusan kanan dan semua warga kerja TH mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi sepanjang tiga tahun perkhidmatannya di TH,” kata TH. – UtusanTV
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

