Sebahagian dariapada jemaah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengamalkan penjarakkan fizikal dan memakai pelitup muka ketika menunaikan Solat Jumaat dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua di Masjid Jumhuriah, Taman Dato Harun, Petaling Jaya, baru-baru ini. - GAMBAR: Abd Razak Aid

MUZAKARAH Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan membincangkan isu prosedur operasi standard (SOP) mengenai aktiviti masjid dan surau, termasuk cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah, Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, beliau sudah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengatur muzakarah itu bagi mendengar taklimat penilaian risiko semasa COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung peralihan fasa dan kelonggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya percaya suatu keputusan demi maslahah umum akan dapat dicapai dan berharap aktiviti masjid dan surau khususnya solat berjemaah seperti sedia kala akan dibenarkan dengan SOP tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Idris berkata, semua ahli muzakarah yang terdiri daripada mufti negeri serta ahli yang dilantik dalam kalangan pakar turut dijemput hadir dalam muzakarah itu.

Pada Jumaat lalu, Arab Saudi mengumumkan solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula hari ini. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram