Gagal rampas DUN, Pas dakwa lawan jentera kerajaan di Ayer Kuning

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MOMOKAN yang menyatakan Pas adalah sebuah parti kampung atau Pak Lebai sama sekali tidak mengurangkan sokongan golongan cerdik pandai untuk berjuang bersama mereka.

Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad mendakwa, kekalahan parti tersebut bersama gabungan Perikatan Nasional (PN) di Ayer Kuning adalah kerana mereka perlu berdepan dengan seluruh jentera kerajaan.

Dakwanya, perkara itu dapat dilihat apabila Menteri Besar Perak berkampung di kawasan pilihan raya berkenaan dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut tidak jatuh ke tangan Pas.

“Selepas hantar borang di hari penamaan lebih baik (MB) balik ke Lenggong untuk tengok orang Lenggong daripada berkampung di Ayer Kuning.

Baca artikel lain: Peruntukan pembangkang: Bila minta muka senyum, sudah dapat hentam PM – Zahid Hamidi

“Apa yang berlaku seluruh jentera kerajaan negeri dan pusat digunakan melawan calon PN…Ustaz Muhaimin bukan parti lawan parti, tetapi parti lawan jentera kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Idris pada masa sama menegaskan, kekalahan dengan majorit besar sama sekali tidak memutuskan semangat parti berkenaan, sebaliknya ia adalah permulaan kepada sesuatu yang baik.

“Adat berlawan ada kalah ada menang. Gagal bukan bermakna gagal selama-lamanya. Tetapi ia sebagai menjadi titik untuk bangkit meraih kejayaan.

“Bab kalah pilihan raya, Pas sudah lali dah. Adakah Pas kecewa dan bubar parti dan keahliannya terus merosot? Jawapannya tidak,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This