Tiada lagi penjarakkan sosial ketika solat di Masjidiharam, Masjid Nabawi

Dari Penulis

SELEPAS lebih setahun pelbagai peraturan diperketatkan termasuk dari segi jumlah jemaah dan penjarakkan sosial berikutan pandemik Covid-19, hari ini sejarah tercatat apabila Masjidilharam dan Masjid Nabawi kembali seperti biasa.

Sejak malam tadi pekerja-pekerja dua masjid itu itu bertungkus lumus membuat persediaan memindahkan halangan di sekitar Kaabah dan menanggalkan pelekat penjarakkan sosial memandangkan jumlah jemaah kini dibenarkan mengikut kapasiti penuh.

Siaran secara langsung solat Subuh melalui saluran Haramain di Mekah dan Madinah menarik perhatian umat Islam di seluruh dunia. Dalam media-media sosial seperti Facebook dan Twitter jutaan umat Islam melahirkan kesyukuran.

Turut mendapat perhatian ialah pemberian air zam-zam kepada jemaah yang kembali dilakukan di sekitar Kaabah.

Bagaimanapun kawalan keselamatan dan pemantauan ketat tetap dilakukan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Ia termasuklah melakukan pemeriksaan mengejut ke atas jemaah bagi memeriksa status vaksinasi mereka (lengkap dua dos) dan bukti telah melakukan tempahan untuk menunaikan umrah serta solat.

Berikut gambar suasana di Masjidilharam:

Petugas menanggalkan pelekat.
Pekerja-pekerja memindahkan penghalang sekitar Kaabah.
Pihak keselamatan memeriksa status vaksinasi jemaah.
Petugas mengedarkan air zam-zam kepada jemaah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This