Titanic, Hitler, Elvis Presley, Puteri Diana, John Lennon… Berita yang dianggap mustahil tapi benar-benar berlaku

Dari Penulis

KADANGKALA sesuatu berita itu dianggap mustahil boleh berlaku. Dahulu, seringkali kejadian yang dipaparkan dalam akhbar sukar dipercayai akan berlaku seperti itu. Apatah lagi jika semua orang tidak menjangka ia akan berlaku sebaliknya.

Ini antara berita yang tidak dijangka akan berlaku pernah menjadi paparan akhbar suatu ketika dahulu.

1.TITANIC

Tiada siapa percaya kapal mewah yang gah iaitu Titanic sepanjang 269 meter yang mempunyai 14 bahagian kalis air boleh karam akibat terlanggar bongkah ais gergasi di Lautan Atlantik.

Kapal penumpang paling besar dan tercanggih pada zaman itu tenggelam hanya pada perlayaran pertamanya, menyebabkan kematian ribuan nyawa.

Titanic ketika itu diuar-uarkan sebagai kapal tercanggih dan boleh terapung walaupun semua bahagian tenggelam. Justeru, apabila tersebar berita bahawa Titanic tenggelam, beberapa buah akhbar melaporkan seolah-olah tiada malapetaka buruk yang akan berlaku kepada kapal terssebut kerana semua orang menganggap Titanic tidak akan tenggelam.

Me Daily Mirror misalnya dengan yakin melaporkan: ‘Semua penumpang selamat’ dan Daily Mail pula mengeluar berita dengan tajuk : ‘Tiada sesiapa yang hilang!’

Hanya akhbar New York Times terbitan 16 April 1912 yang melaporkan tajuk utamanya Titanic karam setelah empat jam melanggar bongkah ais. Laporan New York Times itu akhirnya menjadi sejarah apabila tragedi yang dilaporkan itu menjadi berita paling menggemparkan dunia sehingga ke hari ini.

Tragedi yang berlaku pada malam 12 April 1912 itu menyebabkan lebih 1,500 penumpang Titanic terkorban. Malapetaka ini dianggap mimpi ngeri penumpang Titanic yang terselamat dan sejarah kepada para wartawan New York Times.

2. HITLER

Pada 2 Mei 1945, Me News Chronicle (kemudian bertukar kepada Daily Mail) menerbitkan tajuk paling berani yang mendakwa ‘Hitler Mati’ di muka hadapannya.

Semasa Perang Dunia Kedua, tiada sesiapa yang percaya Hitler boleh mati. Hitler dianggap superior dan ramai yang tidak yakin dengan berita yang dilaporkan Me News Chronicle yang mendakwa pemimpin Nazi itu terbunuh dalam satu serangan udara.

Bagaimanapun, keberanian Me New Chronicle berbaloi. Walaupun Hitler sebenarnya tidak terbunuh dalam serangan udara itu tetapi berita Hitler mati itu kemudiannya benar-benar menjadi kenyataan.

Akhirnya seluruh dunia dikejutkan dengan kematian Hitler bukan dibom tentera bersekutu tetap membunuh diri di sebuah bilik bawah tanah di Chancery Berlin bersama kekasih, Eva Braun pada 30 April 1945.

3.KENNEDY DITEMBAK

Salah satu berita paling menggemparkan dunia pernah dilaporkan oleh Chicago Tribune pada 22 November 1963 bertajuk “ ‘Kennedy ditembak’.

Presiden ke-35 Amerika Syarikat, John F.Kennedy ditembak mati di Dallas, Texas. Lima tahun kemudian, saudaranya, Robert Kennedy pula ditembak mati di hotel Los Angeles.

4. MARTIN LUTHER KING

Aantara berita menggemparkan pernah dilaporkan Daily News ialah mengenai pembunuhan Martin Luther King Jr, 39, pada 4 April 1968. Tokoh kontroversi ini yang memiliki Ph.D dalam bidang teknologi dari Universiti Boston 1955 dan pemenang Anugerah Nobel Keamanan 1963 rancak menjalankan kempen menentang Perang Vietnam tajaan Amerika.

Akibat tidak disenangi, tokoh kulit hitam yang hebat berpidato itu ditembak mati di lobi Lorraine Motel, Memphis, Tennessee. Akhbar Daily News pada 5 April 1968, melaporkan tajuk: ‘Martin King ditembak mati di Memphis’.

Pidato beliau yang sangat terkenal bertajuk: ‘Saya memiliki sebuah impian…’ disampaikan di Washington D.C. pada 28 Ogos 1963 menyebabkan nama Martin Luther King semakin terkenal. Pembunuhan beliau menyebabkan banyak rusuhan meletus di beberapa buah bandar raya seluruh Amerika Syarikat.

5. NEIL ARMSTRONG

Akhbar Evening Standard terbitan 21 Julai 1969 mencatat sejarah apabila melaporkan mengenai kejayaan angkasawan, Neil Armstrong menjadi manusia pertama berjalan di permukaan bulan. Ketika itu dunia gempar apabila menerima berita tersebut. Ada yang percaya, ada yang menganggap ia cerita dongeng.

Akhbar Evening Standard melalui tajuk utamanya : ‘The First Footstep’. Akhbar itu melaporkan kata-kata keramat Neil Armstrong sebaik kaki angkasawan itu mencecah tanah. “Itu salah satu langkah kecil bagi manusia, satu lompatan raksasa bagi seluruh manusia!”

6.ELVIS PRESLEY

Satu lagi kejadian menggemparkan dunia dilaporkan oleh akhbar Me Sun terbitan 17 Ogos 1977, apabila melaporkan ‘Raja Elvis Maut.’ Elvis Presley yang juga terkenal dengan jolokan Raja rock ‘n’ roll itu ditemui maut di lantai bilik mandi di kediamannya ketika berusia 42 tahun.

7. JOHN LENNON

Akhbar Los Angeles Times pada 9 Disember 1980 pula melaporkan penyanyi The Beatles, John Lennon mati dibunuh. Sehari sebelum peristiwa menggemparkan itu dilaporkan Los Angeles Times, John Lennon ditembak di belakang sebanyak empat kali oleh Mark David Chapman, seorang peminat yang telah mengintipnya selama tiga bulan di pintu masuk kediamannya di The Dakota.

Beliau disahkan meninggal di St. Luke’s-Roosevelt Hospital Center, sejurus ditembak. Ketika kejadian, John Lennon baru balik dari Record Plant Studio dengan isterinya, Yoko Ono.

8. MANDELA

Akhbar City Press pada 11 Februari 1990 melaporkan tentang pembebasan Mandela dengan tajuk utamanya: ‘Mandela Goes Free Today’. Nelson Mandela dibebaskan dari penjara setelah ditahan selama 20 tahun di Pulau Robben kerana kempennya menentang undang-undang aparteid.

Pada 10 Mei 1994, Nelson Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Sebelum itu tiada siapa menyangka Mandela yang dipenjara berpuluh tahun dilantik sebagai Presiden ke-11 negara itu.

9.PUTERI DIANA

Akhbar Daily News pada 31 Ogos 1997 pula melaporkan ‘Diana Maut’. Puteri Diana meninggal dunia setelah Mercedes Benz dinaikinya terlibat dalam kemalangan di terowong Pont de Alma, Paris bersama teman lelakinya Dodi Al-Fayed. Dodi turut maut dalam tragedi itu.

Ketika kejadian kereta Mercedes dipandu laju oleh pemandu keselamatan Hotel Ritz Paris, Henri Paul bagi mengelak dikejar paparazi.

Pada 13 Julai 2006, majalah Chi yang terbit di Itali menyiarkan gambar-gambar Puteri Diana menerima bantuan oksigen dari petugas paramedik selepas kemalangan tersebut. Gambar itu diambil beberapa minit selepas kemalangan.

Banyak teori mengaitkan perisik M16, CIA dan ejen Israel, Mossad terlibat dalam komplot membunuh puteri itu yang diramal memeluk Islam. Diana dikatakan sedang mengandung hasil hubungan sulit dengan Dodi.

10.MENARA BERKEMBAR WORLD TRADE CENTRE

Salah satu berita paling penting dilaporkan akhbar Daily Telegraph pada 12 September 2001 bertajuk: ‘Perang di Amerika’. Pada hari itu semua akhbar di seluruh dunia menyiarkan tragedi tersebut sebagai tajuk utama.

Sehari sebelumnya, iaitu pada 11 September 2001, pengganas telah merampas empat pesawat jet penumpang komersial, dua di antaranya menghentam dua menara berkembar, Pusat Dagangan Dunia di New York dan pesawat ketiga merempuh Pentagon.

‘Perang di Amerika’, terpilih sebagai tajuk paling bersejarah dalam tempoh 100 tahun sehingga mendorong Presiden Amerika, George W. Bush menyerang Iraq dan Afghanistan.

11.OBAMA

AKHBAR New York Times pada 5 November 2008 menyiarkan tajuk utamanya : ‘Obama Racial Barrier Falls’. Barack Obama menjanjikan perubahan untuk Amerika Syarikat selepas mengalahkan John Mc Cain dalam pemilihan Presiden Amerika 2008 sekali gus menjadikan beliau Presiden kulit hitam pertama di negara Uncle Sam itu. Obama kemudian dilantik secara rasmi sebagai Presiden pada 20 Januari 2009.

___________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Misteri Kuil Ular: Demi pelaris… Pelacur, isteri curang sanggup amal khurafat

“Bawa dua ekor ayam hitam yang berbulu hitam sepenuhnya.” Itulah antara dakwaan penduduk setempat yang sering dikaitkan dengan sebuah kuil...

More Articles Like This