Islam di mata Adolf Hitler. Berlainan agama namun pegang prinsip sama memerangi Yahudi

Dari Penulis

Dia dikenali sebagai sosok diktator, pemimpin kejam yang telah mengorbankan jutaan nyawa semasa pemerintahannya. Itulah gambaran tentang lelaki bernama Adolf Hitler ini.

Lelaki bermisai kontot yang suka menyarung kot panjang ini sentiasa menjaga imejnya sebagai seorang anggota tentera yang berdisiplin. Kedua-dua imej tersebut sememangnya tidak pernah lekang daripada tubuh anak kelahiran Austria ini. Imej itu juga yang membuat namanya mudah dikenali ramai.

Kebolehan Hitler berpidato menguatkan lagi imej nya. Setiap syarahan yang disampaikannya akan diselitkan dengan unsur humor. ‘SAY HEIIIII !!!’ sering kali dilaungkan Hitler sebelum dia meneruskan syarahannya dan ia disahut meriah oleh peminat-peminat fanatiknya.

Hitler.

Memiliki tubuh setinggi 179 cm, sudah tentu pelbagai persoalan timbul bagaimanakah Hitler menjaga tubuhnya. Pemakanan sihat secara vegetarian, tidak merokok serta mengambil bahan-bahan alkohol merupakan jawapan Hitler bagi kesemua soalan ini. Pengambilan teh uncang juga merupakan salah satu amalan sihat yang diamalkan Hitler dalam menjaga aspek kesihatannya.

Mendalami Islam

Dibesarkan dalam keluarga Kristian Katolik, Hitler sering memuji warisan dan budaya Kristian di negaranya serta mengaku kepercayaannya terhadap Yesus Kristus Arya, iaitu sebuah kepercayaan yang menentang Yahudi.

Di dalam ucapan dan persembahannya, Hitler sentiasa membicarakan pentafsiran Kristiannya sebagai satu motivasi dalam menguatkan lagi stigma antisemitismnya.

Sungguhpun dirinya didakap dengan seribu satu kerohanian agama Jesus itu, namun siapa sangka dia juga turut mengagumi Islam sebagai sebuah ajaran yang menyeluruh.

Dia pernah menyebut dalam satu petikannya yang berbunyi “You see, it’s been our misfortune to have the wrong religion. Why didn’t we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammedan religion too would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness...”

Bukan itu sahaja, dia juga menjalin hubungan diplomatik dengan mufti dan ulama. Antaranya Mufti Palestin, Sheikh Amin al-Husaini. Melalui hubungan ini, mereka bersama-sama menubuhkan sebuah pertubuhan khas bagi umat Islam iaitu Batalion Hadzar yang beroperasi di rantau Balkan.

Dia juga memegang prinsip yang sama dengan Islam iaitu membenci puak Yahudi dengan menganggap golongan tersebut penjahanam dunia. Selain itu juga membawa pengaruh Islamik dalam kehidupan sehariannya.

Hitler juga suka melafazkan terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam ucapannya. Dia mula menjinakkan diri dengan ayat al-Quran ini setelah memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata mukadimah yang baik sebagai pendahuluan ucapannya.

Selepas mendengarnya, timbul perasaan teruja dan kagum akan keindahan ayat tersebut yang mengandungi maksud mendalam. Sejak daripada itu, ayat tersebut sering dilafazkan sebagai permulaan ucapannya dalam mana-mana majlis.

Hormat Waktu Sembahyang

Di samping itu, apabila azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat, Hitler akan memberi peluang kepada rakan-rakannya yang beragama Islam untuk menunaikan solat terlebih dahulu.

Begitu juga dengan solat Jumaat, setiap kali masuknya waktu solat Jumaat, segala kegiatan dan latihan ketenteraan akan direhatkan seketika bagi menghormati waktu berkenaan kepada mereka untuk menunaikan fardu Jumaat.

Hitler juga enggan menerima arak sebagai minuman tatkala berhibur ketika dilanda permasalahan serta penawar tatkala dilanda kesakitan. Air ‘raja segala kejahatan’ itu telah digantikan dengan teh uncang yang menjadi kegemarannya sepanjang masa.

Sebelum Hitler menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia telah meninggalkan dua prinsipnya yang utama buat Jerman. Dua prinsip tersebut adalah :

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme, dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi suatu hari nanti yang dianggap pembawa onar terbesar di muka bumi ini.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Semasa hayatnya, Hitler telah banyak mengkaji sejarah kerajaan-kerajaan terdahulu dan umat yang lampau. Dalam pada itu, dia telah menyatakan bahawa terdapat tiga tamadun yang terkuat pada masa itu iaitu Parsi, Rom dan Arab. Kekagumannya terhadap tamadun Islam membuatkan dia telah mencetak beberapa helaian risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi walaupun ada di antara mereka tidak menganut agama Islam.

Segala coretan kisah hidup Hitler telah dibukukan dalam Mein Kampf sebagai satu memori yang boleh dikongsi oleh generasi seterusnya.

_________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This