PELAKON Zalif Sidek berkongsi berita gembira mengenai perancangannya yang bakal menamatkan zaman bujang bersama tunangnya, Anis Marzuki tidak lama lagi.
Zalif atau Md. Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek,36, menzahirkan rasa lega selepas kebenaran merentas negeri diumumkan minggu lalu, dia kini boleh melakukan persiapan majlis perkahwinan yang tergendala sebelum ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan.
“Ikutkan perancangan saya nak hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun terpaksa dianjakkan kepada tarikh baru kerana ‘lockdown,’ takboleh nak rentas,” katanya.
Menurut Zalif, persiapan yang dilakukan setakat ini berjalan dengan lancar dan kedua-dua belah pihak sudah bersepakat memilih 26 Februari 2022 sebagai tarikh hari bahagia mereka.
“Syukur alhamdulilah saya dan bakal isteri kini sedang giat membuat persiapan majlis kahwin yang masih berbaki empat bulan lagi.
“Jujurnya, tiada apa-apa maksud istimewa disebalik tarikh tersebut. Cumanya tarikh itu dirasakan waktu paling sesuai untuk kedua keluarga kami bertemu dan saling berkenalan.
“Selain itu ada juga keluarga saya yang belum berkesempatan untutk bertemu ketika bapa meninggal dunia Januari lalu. Inilah masa untuk kembali rapatkan silaturahim,” ujarnya.
Jelasnya lagi, persiapan untuk majlis perkahwinan itu sudah pun melebihi 50 peratus dan hanya baju kahwin dan hantaran masih dalam proses untuk dilengkapkan.
Sementara itu, dia dan pasangan mempunyai hasrat untuk menganjurkan majlis secara besar-besaran, namun melihatkan keadaan pandemik, mereka memilih untuk melangsungkan hari bahagia itu secara bersederhana.
“Awalnya memang ada rancang untuk anjur majlis dengan lebih meriah, tapi bila mengenangkan fasa pandemik ini, kami pilih untuk bersederhana sahaja,” katanya.
Malah, Zalif juga tidak kisah andai dia dan tunangnya, Anis Marzuki,24 bernikah dahulu dan perlu menunggu masa sesuai untuk diraikan dalam majlis persaingan.
Walau bagaimanapun, Zalif enggan bersikap pentingkan diri demi menghormati permintaan kedua belah pihak yang ingin menjadi sebahagian hari bahagia mereka.
Zalif mengikat tali pertunangan dengan Anis yang juga pilihan keluarganya pada 20 Ogos yang lalu.
SUMBER : MEDIA HIBURAN
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

