#URTVRECAP2023 Kehadiran si kecil bawa diari bahagia buat 9 selebriti ini. Jom kita singkap!

Dari Penulis

DIKURNIAKAN cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang sudah berkahwin malah kehadiran si comel sudah tentu akan mewarnai kehidupan ibu bapa dah seluruh isi keluarga.

Tahun ini telah menyaksikan ramai selebriti tanah air yang diberikan rezeki dan tanggungjawab besar bagi menjaga amanah tidak ternilai.

Jom ikuti #URTVRECAP2023 untuk melihat senarai artis tempatan yang menimang cahaya mata sulung pada tahun ini.

Syifa Melvin & Safawi Rashid

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Saif Sulaiman Muhammad Safawi sekitar pukul 5.28 petang pada 30 September 2023 di sebuah pusat perubatan swasta di Johor.

Remy Ishak & Ezza Yusof

Pelakon, Remy Ishak mengumumkan isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan putera sulung mereka yang diberi nama Tuah Alam di sebuah hospital swasta, pukul 11.17 pagi pada 27 Julai 2023. Sejak bujang, Remy sudah mempunyai pilihan nama anak yang berunsur kemelayuan.

Wany Hasrita

Penyanyi Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 31, dan suami Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, selamat menimang puteri sulung mereka pada 8 Julai 2023. Bayi yang dilahirkan secara normal itu telah diberi nama Aishah Al Iman.

Yonnyboii

Penyanyi Yonnyboii dan isteri, Nik Nazira Narriman menimang cahaya mata pertama mereka pada 19 Julai 2023. Difahamkan putera sulung mereka yang diberi nama panggilan Kairo itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Syafiq Farhain

Penyanyi Syafiq Farhain berkongsi berita gembira apabila isterinya iaitu Alia Nadia, 29, selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 6 Jun 2023.

Bayi perempuan seberat 2.95 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu, Terengganu.

Sharifah Aryana

Pelakon Sharifah Aryana yang juga merupakan adik kepada Sharifah Amani selamat melahirkan anak sulungnya pada 7 April 2023. Aryana dan suami Jad Hanif Jimmy, memilih nama Amin buat cahaya mata pertama mereka itu.

Zalif Sidek

Penantian pelakon, Zalif Sidek, 37, untuk menimang cahaya mata pertama akhirnya tercapai apabila isterinya, Anis Marzuki, 25, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang pada 17 Januari 2023.

Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu telah diberi nama Aaliya Inara.

Harris Annuar

Pelakon Harris Annuar, 30, kini bergelar bapa selepas isterinya Asha Merican selamat bersalin anak sulung mereka iaitu seorang bayi perempuan pada 26 Mac 2023.

Harris memaklumkan puterinya yang dilahirkan di sebuah hospital swasta di Perlis itu dinamakan Aura Medina Mohd Harris.

Nad Zainal & Ungku Ismail Aziz

Pelakon, Ungku Ismail Aziz, 38, dan isterinya Nad Zainal, 33, selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 10 Oktober 2023 di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Ungku dan Nad tidak berkongsi nama penuh bayi lelaki itu namun mengelarkannya ‘Baby Puteh’.

Untuk rekod, Nad mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom, 3, hasil perkahwinan terdahulunya bersama Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This