Pemergian Mamat Khalid: Dunia seni hilang sebutir bintang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pemergian pengarah filem terkemuka tanah air, Mamat Khalid, awal pagi tadi sebagai kehilangan sebutir bintang dalam industri seni.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut menyifatkan Allahyarham sebagai antara penerbit serta pengarah tersohor dan disegani dalam dunia perfileman negara.

Ismail Sabri turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan penggiat seni atas kehilangan besar itu.

“Dunia seni hari ini kehilangan sebutir bintang dengan pemergian Mamat Khalid yang meninggal dunia sekitar pukul 12.30 pagi tadi.

“Allahyarham yang merupakan adik kepada kartunis terkenal negara iaitu Datuk Lat, antara penerbit serta pengarah tersohor tanah air dan disegani dalam dunia perfileman negara.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” kata Perdana Menteri dalam hantaran itu.

Baca artikel berkaitan: Mamat Khalid meninggal dunia

Mamat Khalid ‘hero’ perpaduan negara

Mamat Khalid, 58, meninggal dunia lewat malam tadi, di Hospital Slim River, Perak ekoran serangan jantung.

Mamat yang juga adik kepada kartunis tersohor negara, Datuk Lat meninggalkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima anak.

Allahyarham mula aktif dalam dunia seni sejak 1996 dan antara karya pecah panggungnya ialah Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah, Man Laksa dan Rock.

Mamat juga terkenal membawakan cerita berunsur komedi kemasyarakatan di layar televisyen menerusi Rombongan Cik Kiah Sukan Komanwel dan 15 Puasa.

Selain itu, Allahyarham juga merupakan penulis skrip bagi filem epik legenda Puteri Gunung Ledang yang dibintangi Tiara Jacquelina dan Datuk M. Nasir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MIPP tetapkan hala tuju lepas mesyuarat MT PN

PARTI Rakyat India Malaysia (MIPP) akan membuat sebarang keputusan berkaitan hala tuju politik parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi...

More Articles Like This