ANGGOTA Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan memberi kebenaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Singapura dalam tempoh yang lama.
Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) berkata: “Mengapa dibenarkan Najib ke luar negara selama sebulan untuk melawat anaknya yang akan bersalin. Dia bukan bidan.”
Beliau berkata, Najib telah menjejaskan ekonomi negara dalam kes 1MDB dan oleh itu tidak layak mendapat layanan istimewa.
Mahkamah Rayuan minggu lepas membenarkan rayuan Najib untuk mendapatkan kembali pasportnya buat sementara bagi melawat Nooryana Najwa yang akan akan melahirkan anak kedua.
Sementara itu, Najib dalam jawapan balasnya menjelaskan beliau ke Singapura untuk melawat anak bersalin selama 15 hari sahaja, bukan sebulan seperti didakwa anggota parlimen pembangkang.
Malah, katanya, tempoh itu termasuk kuarantin COVID-19.
“Kalau YB Sepang pandai matematik, ini adalah tempoh sehingga 15 hari termasuk tempoh kuarantin di sana.
“Kamu ni fikir zaman pandemik sudah berakhir ke? Kau ini apa pun tak faham. Hanya tahu main sentimen,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Katanya, dia akan ke Singapura selepas pilhan raya negeri Melaka pada 20 November.
“Jadi saya cadang ke sana pada 21 November dan pulang sebelum 5 Disember untuk saya serahkan kembali pasport pada 6 Disember,” tambahnya.
Sementara itu, Najib juga berkata Hanipa keliru dengan menyatakan beliau ke luar negara dengan kebenaran kerajaan.
Sebaliknya, kata Najib, perkara itu diputuskan oleh tiga hakim Mahkamah Rayuan secara sebulat suara.
“Jadi, buat apa kamu menyalak di Dewan Rakyat? Takde lagi isu penting negara ke?
“Kamu nak kerajaan campur tangan dalam urusan mahkamah atau keputusan hakim ke?” soalnya. – UtusanTV
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

