Hati rasa lain tunai umrah lepas ayah meninggal dunia – Ashraf Muslim

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENGALAMAN ke Tanah Suci Makkah pada 13 Oktober lalu, memberi seribu satu perasaan dan pengertian berbeza buat pelakon Ashraf Muslim.

Masakan tidak, meskipun dia sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, namun hatinya diselubungi kesedihan kerana keberangkatannya ke sana hanya selepas dua minggu bapanya, Muslim Bulat meninggal dunia akibat COVID-19 pada 28 September lalu.

Menurut Ashraf, 40, dia mengikuti kembara suci berkenaan bersama Emraz Travel & Tours Sdn Bhd dan menjadi antara wakil rombongan jemaah pertama dari Malaysia dibenarkan memasuki Arab Saudi selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negara.

Pemergiannya itu turut mengikut prosedur operasi standard (SOP) baharu dan ketat, selain perlu melengkapkan dua dos vaksinasi.

“Saya pergi bersama jemaah lain sekitar 11 orang. Ahli keluarga saya termasuk isteri dan anak tidak turut serta.

“Sebenarnya, saya tiada perancangan nak ke sana memandangkan akur dengan situasi semasa COVID-19. Tapi kerinduan nak jejak kaki ke sana memang tak terkata.

“Semua berlaku pada saat akhir apabila pihak agensi kembara menghubungi saya. Saya beri jawapan dalam masa sehari termasuk membuat persiapan. Esoknya saya berlepas ke Tanah Suci,” katanya kepada URTV.

Ashraf bersyukur pemergiannya untuk menunaikan ibadah umrah dipermudahkan dan pada masa yang tepat memandangkan dia tidak terikat dengan kerja seni.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai kehilangan bapa tersayang, Ashraf tetap reda.

“Memang rasa lain bila saya mengerjakan umrah selepas pemergiannya. Tak boleh saya nafikan sangat sedih apabila ayah meninggal dunia.

“Dulu Allah ambil mak saya ketika berusia 25 tahun. Sekarang, pada usia 40 tahun, Allah ambil pula nyawa bapa.

“Selepas arwah mak tak ada, dialah ibarat ibu dan bapa. Dialah jadi tempat mengadu, menangis, lepas rasa marah, bercakap dan bergurau. Pendek kata, semua perkara saya kongsi dengannya.

“Termasuklah nak jaga hati dan menyayangi dirinya. Ralat apabila dia sudah tiada. Selepas hampir dua tahun kita diuji dengan pandemik, saya jarang berpeluang pulang ke kampung nak jenguk arwah.

“Pengakhiran, saya dikejutkan dengan berita pemergiannya. Walaupun perit, saya kena reda seikhlas hati dan tenang biarpun tanpanya lagi di sisi,” ujarnya.

Ashraf selamat tiba di tanah air pada 24 Oktober lalu selepas selesai menunaikan ibadah umrah.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This