Bajet 2022: Diskaun hingga 15% PTPTN, pelepasan cukai beli peranti

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November ini sehingga 30 April 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan itu dilakukan bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab.

Kata beliau, diskaun berkenaan meliputi 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

Selain itu, Tengku Zafrul memaklumkan, kerajaan juga menyediakan diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Tengku Zafrul berkata, peminjam juga ditawarkan diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

“Seperti semua maklum, PTPTN ditubuhkan bagi mengurus pinjaman pendidikan yang disediakan sebagai kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi tempatan.

“Sebagai pinjaman, semestinya ia satu amanah yang wajib dibayar semula oleh peminjam, jika tidak, ia menafikan peluang anak-anak kita pada masa hadapan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Bajet 2022: Insentif khas guru RM100, pelajar B40 terima tablet

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul turut mengumumkan kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.

Sebagai usaha menggalakkan Keluarga Malaysia mengikuti program latihan serta menceburi bidang baharu, Tengku Zafrul berkata, pelepasan cukai bagi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sehingga 2023.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas sifatkan keputusan kes Indira Gandhi kemenangan pertahan akidah Islam

DEWAN Ulamak Pas Pusat (DUPP) menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Indira Gandhi dan 13 individu...

More Articles Like This