Bajet 2022 indikator pemulihan industri pelancongan – Nancy

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMBENTANGAN Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam disifatkan indikator jelas bahawa Malaysia menuju ke arah pemulihan segera industri pelancongan, seni dan budaya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia sekali gus akan membuka semula pintu negara kepada dunia.

Menurut Nancy, peruntukan yang diberi perhatian dalam Bajet 2022 secara tidak langsung membolehkan lebih ramai pihak terlibat sama dalam merancang strategi mampan dan berdaya saing demi merancakkan semula industri.

Kata beliau, kesemua penggiat industri pelancongan, seni dan budaya juga dimohon untuk sama-sama berganding bahu memulihkan sektor tersebut dengan sokongan bajet yang diumumkan.

“Kementerian akan memperhalusi segala peruntukan yang melibatkan sektor pelancongan dan kebudayaan seperti mana dibentangkan dalam Bajet 2022.

“Ini bagi memastikan sektor pelancongan dan kebudayaan kembali rancak serta menjadi salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bajet 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ menyaksikan RM332.1 bilion diperuntukkan – nilai tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.

Baca artikel berkaitan: Bajet 2022: PM hargai idea, pandangan Keluarga Malaysia

Sebanyak RM233.5 bilion daripada jumlah itu diperuntukkan bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.6 billion iaitu peningkatan sebanyak 6.5 peratus berbanding tahun ini merupakan tanda sokongan dan komitmen berterusan kerajaan menjadikan industri itu kembali hebat.

Ini juga sekali gus, jelas beliau, membolehkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya terus memainkan peranannya sebagai salah satu kementerian teras dalam menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19.

Nancy memaklumkan, antara manfaat diterima kementerian itu termasuk RM600 juta pembiayaan khusus bagi sektor pelancongan di bawah Penjana Tourism Financing dan BPMB Rehabilitation Scheme.

“Sebanyak RM85 juta bantuan khas kepada lebih 20,000 pengusaha pelancongan berdaftar dengan kementerian selain pemberian geran padanan RM30 juta bagi pembaikan 738 hotel bajet serta geran pembaikan pemilik inap desa.

“Selain itu, peruntukan sebanyak RM10 juta turut diberikan kepada anak-anak Sabah dan Sarawak untuk program serta aktiviti berkaitan budaya dan warisan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This