Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak, hari ini.

Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataan memaklumkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, petang ini.

Menurut kenyataan itu, jenazah akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuching, Sarawak menerusi penerbangan MH2520 dijadualkan pukul 11 pagi ini.

Katanya, jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pukul 12.50 tengah hari.

“Seterusnya jenazah Allahyarham Kamil akan dibawa dari KIA ke kediaman rasmi Nancy yang dijangka tiba sekitar pukul 2.50 petang.

“Solat jenazah akan dilaksanakan di kediaman rasmi dan dijangka dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Samariang untuk dikebumikan pada pukul 4.40 petang,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Semalam, suami kepada Nancy itu dilapor meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan punca kematian Allahyarham.

Pemergian Allahyarham diumumkan menerusi Facebook rasmi Nancy pada pukul 7.11 malam tadi.

Turut dimaklumkan jenazah Kamil akan ditempatkan di kediaman rasmi Nancy di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya untuk memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir dengan tempoh masa bagi upacara itu akan dimaklumkan kemudian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This