JIKA dahulu harganya hampir mencecah RM40, kini kit ujian kendiri COVID-19 boleh dibeli pada harga serendah RM6.90.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kit pada harga tersebut boleh diperoleh di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu.
Menurutnya, harga RM6.90 seunit itu susulan langkah perluasan penjualan secara berperingkat termasuk di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak .
“Ini tentunya satu berita yang sangat baik kepada pengguna pada situasi hari ini,” katanya.
Alexander berkata demikian ketika melancarkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 di KK Supermart di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) hari ini.
Dalam kunjungan itu, beliau turut meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2021 hari ini.
Menurut beliau, walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dimaklumkan harga yang ditawarkan adalah serendah RM6.90, namun ada yang menjualnya pada harga lebih rendah seperti rangkaian kedai serbaneka KK Supermarket yang menawarkannya pada RM6.60 seunit.
Sebelum ini, katanya, kit ujian kendiri COVID-19 yang menerima kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dijual di klinik dan premis farmasi yang terpilih.
Jelas beliau, keputusan kerajaan untuk memperluaskan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 akan mendatangkan kebaikan seperti penurunan harga, ketersediaan bekalan dan meningkatkan daya saing serta ekonomi sektor peruncitan.
Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi kit berkenaan pada harga RM19.90 dan harga borong RM16.00 seunit, berkuat kuasa 5 September lepas.
Baca artikel berkaitan: Harga baharu kit ujian kendiri dimuktamad November
Mengenai harga siling kit ujian kendiri COVID-19 yang baharu, Alexander berkata, ia akan diumumkan dalam masa terdekat dan penentuannya mengambil kira semua aspek termasuk kepentingan pengguna dan peniaga.
Menurut beliau, paras sedia ada iaitu RM19.90 harga runcit dan RM16 harga borong akan diturunkan ke satu tahap yang adil kepada pengguna dan peniaga.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

