MaraCorp sasar 2,000 peluang pekerjaan kepada graduan Mara – Mahdzir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MARA Corporation Sdn. Bhd. (MaraCorp.) menyasarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan kepada graduan di bawah ekosistem pendidikan yang terdiri daripada pelajar institusi pendidikan Mara (Ipma) serta di bawah tajaan pelajaran Mara.

Ia menerusi kerjasama strategik memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani MaraCorp. bersama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp.) bagi memperkukuh usaha membangunkan modal insan kompetitif.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerjasama tersebut bakal memacu pertumbuhan tenaga kerja dalam industri dan ekonomi negara khususnya graduan di bawah ekosistem pendidikan Mara.

Jelas Mahdzir, TalentCorp. yang bertindak sebagai penghubung antara Mara dan pihak berkepentingan yang terdapat dalam jaringan mereka akan menawarkan inisiatif program sedia ada.

Menurut beliau, program seperti Nurturing Expert Talent (NEXT); Structured Internship Programme (SIP), Talent Mobility; Semester Break Programme (SBP), Young Employable Student (YES!) dan #KisahSiswa akan ditawarkan kepada graduan di bawah Mara.

“Kedua-dua pihak juga akan merangka program-program khas yang bersesuaian dengan pembangunan modal insan dan kebolehpasaran graduan Mara.

“Ia bagi memastikan graduan yang dilahirkan dapat memenuhi tuntutan industri dan mempunyai daya kebolehpasaran tinggi di alam pekerjaan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Bajet yang menyeluruh, tiada yang tertinggal termasuk golongan luar bandar – Mahdzir

Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan sendiri Mahdzir dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan di ibu negara hari ini.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, usahasama antara kementerian dalam agenda pembangunan bakat merupakan satu platform yang memberi ruang dan peluang kepada graduan untuk mempersiapkan diri menghadapi alam pekerjaan.

“Saya percaya kerjasama ini mampu menjadi penghubung laluan kerjaya graduan Mara dengan jaringan syarikat dalam pelbagai industri serta menyediakan satu ruang kerjaya yang lebih signifikan dengan peluang lebih baik ditawarkan kepada pelajar Mara,” jelas beliau.

TalentCorp. juga menurut Mahdzir, bertanggungjawab melalui mandatnya untuk menarik, memupuk dan mengekalkan modal insan serta kepakaran terbaik dalam menyokong perjalanan Malaysia ke arah mencapai status negara maju.

“Usaha TalentCorp. dipacu kerjasama erat pelbagai kementerian, pihak berkepentingan dalam industri dan institusi pengajian menerusi inisiatif yang menumpukan kepada tiga penawaran khidmat utama iaitu penyaluran, kepelbagaian dan mobiliti modal insan di Malaysia.

“Sementara itu, MaraCorp. yang merupakan syarikat induk milik Mara bertanggungjawab mewujudkan peluang pekerjaan dan membangunkan peluang pemilikan ekuiti serta memastikan peningkatan penjanaan pendapatan syarikat subsidiari di bawahnya dalam memberikan pulangan pelaburan baik dan konsisten kepada Mara,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This