Bajet yang menyeluruh, tiada yang tertinggal termasuk golongan luar bandar – Mahdzir

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyambut baik pembentangan Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera yang menitik beratkan agenda pembangunan ekonomi dalam usaha pemulihan negara di samping memberi tumpuan kepada kesejahteraan Keluarga Malaysia pasca pandemik.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bajet tersebut merupakan satu bajet yang inklusif dan menyeluruh dalam memastikan tiada golongan yang tertinggal termasuk golongan luar bandar dan B40.

“KPLB menyokong usaha yang dilaksanakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menerusi Bajet 2022 untuk memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan yang akan memberi manfaat kepada 7.6 juta penduduk luar bandar,” katanya.

Katanya, KPLB juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas peruntukan berjumlah RM10.53 billion kepada kementerian itu.

“Jumlah ini meliputi RM3.52 billion peruntukan mengurus dan juga RM7.01 billion peruntukan pembangunan. Jumlah ini adalah RM345 juta atau 3.39 peratus lebih tinggi daripada peruntukan 2021.

“Peruntukan itu boleh dianggap besar terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang masih lagi dalam peringkat pemulihan daripada pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, menerusi peruntukan ini, lebih banyak projek pembangunan yang dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar bukan sahaja dari segi infrastruktur tetapi juga dari segi ekonomi dan modal insan.

BERITA BERKAITAN Intipati Bajet 2022, peruntukan tertinggi pernah dibentangkan

“Ini seterusnya dapat menyokong pembangunan sosio-ekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera seperti mana yang digariskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030,” katanya.

Beliau berkata, di bawah peruntukan pembangunan, sejumlah RM2.43 bilion bagi pembangunan infrastruktur asas di luar bandar seperti Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Jalan Luar Bandar dan Jalan Perhubungan Desa.

Jumlah itu adalah RM112.1 juta atau 4.81peratus lebih tinggi jika dibandingkan dengan peruntukkan tahun 2021, katanya.

Beliau berkata, dalam usaha untuk merancakkan aktiviti ekonomi di luar bandar, sebanyak RM15.3 juta telah diperuntukkan untuk aktiviti keusahawanan luar bandar. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 4.3 juta atau 39 peratus daripada peruntukan tahun 2021.

“Selain itu, bagi meningkatkan taraf kesejahteraan penduduk luar bandar, sebanyak RM384.1 juta telah diperuntukkan untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di mana jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak RM9.1 juta atau 2.4 peratus daripada peruntukan tahun 2021,” katanya.

Mahdzir juga berkata, KPLB amat mengalu-alukan peruntukkan bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera khususnya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan keusahawanan, yang turut memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar termasuk golongan belia dan wanita.

Untuk tahun 2022, sebanyak RM2.01 bilion telah diperuntukkan untuk Program Penajaan Pendidikan MARA, katanya.

Beliau berkata, selaras dengan konsep kebersamaan Keluarga Malaysia, pembangunan Orang Asli tidak dipinggirkan di mana RM274 juta telah diperuntukkan untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli.

“Ini meliputi program pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan untuk memperkasa komuniti Orang Asli di Malaysia. Dalam hal ini, kadar wang saku murid Orang Asli di sekolah menengah dinaikkan daripada RM2.00 kepada RM4.00 sehari,” tambahnya.

Katanya, KPLB juga menyambut baik peruntukan sebanyak RM699 juta untuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan RM495 juta bagi FELCRA yang akan memberi manfaat kepada pekebun-pekebun kecil di bawah kedua-dua agensi berkenaan.

“Bagi menyokong usaha untuk menggalakkan pendidikan awal kanak-kanak terutamanya di luar bandar, Program Geran Per Kapita dan Bantuan Makanan Tambahan masih lagi diteruskan pada tahun 2022 bagi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM182.9 juta,” katanya.

Beliau berkata, KPLB akan memastikan supaya peruntukan yang disediakan ini dapatdimanfaatkan agar nikmat pembangunan dapat dikongsi bersama Keluarga Malaysia dalam menggerakkan usaha pemulihan negara ke arah luar bandar sejahtera agar rakyat kembali makmur dalam norma baharu. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bunyi tangisan kanak-kanak di taska disahkan tiada sebarang unsur penderaan

TIADA sebarang unsur penderaan disahkan susulan rakaman video mendengarkan bunyi tangisan kanak-kanak di sebuah premis dikatakan sebuah taska yang...

More Articles Like This