PENYANYI dan pengacara Nana Mahazan berkongsi rasa teruja dan bahagia apabila berjaya membuat kejutan buat ibu bapa tercinta.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Nana memuat naik video reaksi kedua orang tuanya apabila menerima hadiah kenderaan jenis Proton X70 di Muar, Johor.
Nana atau nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan berkata, dia terpaksa menunggu sehingga lima bulan untuk mendapatkan kenderaan tersebut disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tambahnya lagi, tujuan dia berkongsi kenangan tersebut bagi mengajak orang ramai untuk turut mengembirakan hati ibu bapa dan bukan kerana mahu menunjuk.
“Berkongsi dengan semua bukan niat menunjuk jauh lagi riak. Moga kita sama-sama dapat teruskan usaha untuk mengembirakan ibu bapa.
“Jangan pernah mengalah, jangan pernah penat. Berusahalah untuk sesuatu yang terbaik.
“Bukan hasil sahaja yang dipandang, usaha lebih jauh dihargai. Tiada pekerjaan kalau kita buat kerana Allah dan untuk mengembirakan yang kita sayang, tiada yang sia-sia,” tulis bekas peserta program realiti Akademi Fantasia itu.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendoakan agar orang ramai dilimpahkan rezeki untuk turut berbakti kepada orang tua.
“Saya doakan semua yang menonton dilimpahkan rezeki, diberikan kemampuan untuk berkhidmat kepada ibu bapa dan yang tersayang,” ujarnya.
Malah, dikesempatan itu, Nana tidak ketinggalan menzahirkan kata syukur dan terima kasih buat ibu, ayah, suami dan keluarga yang tercinta kerana sentiasa mempercayai dan menyokong kerjayanya.
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

