PERDANA Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasminya menjadi sasaran serangan dron pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.
“Sebuah dron cuba menyasarkan kediaman di Zon Hijau di Baghdad dan perdana menteri tidak cedera,” menurut kenyataan pejabat perdana menteri.
Sejurus selepas serangan itu, al-Kadhimi menerusi Twitter berkata beliau dalam keadaan “baik” dan meminta semua “bertenang demi untuk Iraq.”
Sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

