UMNO yakin hubungan peringkat kerajaan persekutuan tak terjejas

Dari Penulis


KEPUTUSAN  UMNO bergerak secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, tidak akan menjejaskan hubungannya dengan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di peringkat kerajaan Persekutuan.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun UMNO tidak menjalin kerjasama di Melaka, beliau yakin ketika ini terdapat persefahaman di peringkat Persekutuan yang mengikat ketiga-tiga parti itu untuk kekal menjalin hubungan. 


“Maksudnya kalau menteri turun ke Melaka pun, itu atas kapasiti beliau sebagai ahli parti politik yang bertanding. Bukan turun sebagai seorang menteri yang membawa bersama program-program kementerian. 


“Kita ada persefahaman di peringkat Persekutuan. Walaupun UMNO bertanding solo di Melaka, namun di peringkat Persekutuan kita masih memiliki hubungan atas nama kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KEMAS Peringkat Negeri Kedah di Dewan Kolej Mara Kuala Nerang di sini, hari ini. 


Malah menurut Mahdzir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah membuat keputusan supaya tiada program-progam berkaitan kementerian dibawa ke Melaka sempena PRN itu nanti. 


Beliau menambah, sehingga kini hubungan antara Ahli Parlimen dari ketiga-tiga parti juga kelihatan langsung tidak mempunyai masalah.


“Setakat ini tak ada apa-apa masalah. Dalam mesyuarat Kabinet Rabu lepas pun, semua yang terlibat turut membuat keputusan secara bersama,” katanya. 


Mengulas mengenai peluang UMNO untuk memenangi PRN itu, beliau berkata, Melaka secara tradisinya sebelum ini sememangnya berada di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). 


Justeru, beliau berharap tradisi itu daoat terus menggamit pengundi untuk terus memilih UMNO bagi menerajui kepimpinan negeri itu.


“Jadi saya fikir PRN kali ini pun tradisi itu akan kekal kepada BN. Insya Allah, kita boleh mencapai kemenangan pada 20 November depan,” katanya. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This