Penyokong parti dilarang berarak iringi calon ke pusat penamaan esok – SPR

Dari Penulis

PENYOKONG parti-parti politik dilarang untuk berkumpul dan mengiringi calon masing-masing untuk mengemukakan pencalonan di pusat penamaan calon bagi menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan arahan tersebut melalui satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, hanya calon, pencadang calon dan penyokong calon dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.

“Penyokong-penyokong parti politik yang diwakili oleh bakal-bakal calon tidak dibenarkan hadir ke pusat penamaan calon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua daripada mereka, atau mana-mana seorang daripada mereka boleh mengemukakan kertas penamaan calon bermula jam 9 hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di 28 pusat penamaan calon.

“Bagi calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan bahawa surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti yang diwakili hendaklah dikemukakan semasa menyerahkan kertas penamaan calon,” katanya.

Ikmalrudin berkata bagi memudahkan proses penamaan calon, bakal calon yang ingin bertanding juga diingatkan agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum hari penamaan calon esok.

BERITA BERKAITAN PRN Melaka: 254 borang pencalonan telah dijual – SPR

“Selain itu bakal-bakal calon juga disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal. Perlu diingatkan bahawa resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti bayaran.

“Ini bertujuan untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, SPR juga menyeru semua calon terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan pada hari tersebut.

SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon, diikuti 16 November bagi pengundian awal dan 20 November pengundian biasa.

PRN Melaka diadakan susulan keputusan Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd. Ali Rustam membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah mendapat nasihat Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang kehilangan majoriti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor ‘dikawal istana’

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar parti itu serta-merta. Dakwa beliau, alasan utama...

More Articles Like This