PRN Johor: SPR bermesyuarat 12 Jun tentukan tarikh-tarikh penting

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 pada 12 Jun ini.

Setiausahanya, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, mesyuarat akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pilihan raya berkenaan.

Katanya, mesyuarat juga akan membincangkan mengenai daftar pemilih yang digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan.

“SPR secara rasminya sudah menerima notis daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung pembubaran Dewan Negeri Johor ke-15 pada 2 Jun 2026.

“Berdasarkan Fasal 23 (4) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Negeri terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, selain itu, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat selesai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This