Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini.

Ia akan diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun selepas mempengerusikan mesyuarat khas pada pukul 10 pagi ini bagi membincangkan perkara tersebut di Menara SPR.

Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas selesai mesyuarat tersebut.

Sidang media itu bagi mengetahui tarikh penting kedua-dua PRN itu termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian dan tempoh berkempen serta maklumat mengenai lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya itu.

Pada 1 Jun lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang mempunyai 56 kerusi, setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Ia disusuli pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pada 4 Jun yang mengumumkan DUN Negeri Sembilan dengan 36 kerusi, dibubarkan pada keesokan harinya setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This