KEDA belanja RM2.5 juta bagi projek ameniti sosial – Mahdzir

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensinya, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) membelanjakan RM2.5 juta bagi projek ameniti sosial di seluruh negeri itu tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, peruntukan itu RM 1 juta lebih tinggi berbanding tahun 2020 iaitu hanya RM1.5 juta.

“KEDA telah menyalur peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada 77 kategori kerja. Sebanyak 67 kategori kerja telah siap manakala selebihnya sedang dalam pelaksanaan.

“Antara projek ameniti sosial itu termasuk menaiktaraf dan baikpulih longkang, baikpulih dewan serbaguna dan surau serta menurap ruang parkir dewan,” beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Orang Ramai Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh di Sungai Petani hari ini.

Pembinaan dewan serbaguna itu kata Mahdzir, memberi manfaat kepada lebih seribu orang penduduk di kawasan berkenaan yang sebelum ini tidak mempunyai dewan.

“Pembinaan dewan berkeluasan 264 meter persegi dan infrastruktur berkaitan menelan belanja lebih RM400 ribu dan mampu memuatkan kira-kira 200 orang dalam satu masa.

Pembinaan dewan ini susulan permintaan daripada masyarakat setempat yang memerlukan tempat bagi menjalankan aktiviti,” katanya.

BERITA BERKAITAN Jambatan Bailey alternatif atasi kesulitan penduduk Kampung Setol – Mahdzir

Sementara itu, Mahdzir juga berkata, KPLB menerusi KEDA mendepani pembangunan modal insan dan kerohanian dengan pembinaan Kompleks Pendidikan Al-Hidayah di Desa KEDA Che Bema di Sungai Petani.

Katanya, kompleks yang ditubuhkan pada 2016 itu, bertujuan mengimbangi pembangunan fizikal dan modal insan kerohanian di desa-desa KEDA dan kawasan sekitarnya.

“Hasrat KEDA adalah untuk mewujudkan sebuah hub pembangunan modal insan dan kerohanian di kawasan luar bandar di Kedah”

“Pembangunan modal insan dan kerohanian ini penting dalam mendepani cabaran pada masa akan datang bagi melahirkan masyarakat berkeperibadian yang berkualiti,” katanya selepas mengadakan lawatan dan taklimat projek di Desa KEDA Che Bema.

KEDA menurut Mahdzir, akan meneruskan pembangunan fasa dua Kompleks Pendidikan Al-Hidayah dengan tambahan pembinaan dewan serbaguna, bilik kuliah dan 30 unit penginapan berteres kepada para pelajar.

Pada masa kini, KEDA sedang menjalinkan kerjasama dengan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah bagi memperkemaskan pengurusan pusat pengajian kerohanian itu.

Ketika ini, pusat tersebut menempatkan seramai 80 pelajar perempuan yang sedang mengikuti pengajian tahfiz.

“Saya berharap agar lebih ramai penduduk luar bandar untuk mengikuti pengajian disini tidak kira peringkat umur kerana pembangunan modal insan ini adalah tunjang penting dalam mencapai aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

90,000 belia dan pelajar nikmati lesen motosikal percuma tahun ini

KERAJAAN memperluaskan Program MyLesen B2 dan MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) tahun ini dengan memberi manfaat kepada 90,000 belia dan...

More Articles Like This