Sekolah lima negeri Fasa 4 mula operasi 21, 22 November

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

OPERASI institusi pendidikan bagi lima negeri yang akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai hari ini akan bermula pada 21 dan 22 November depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, operasi institusi pendidikan bawah KPM bagi lima negeri itu iaitu negeri Kedah akan bermula pada 21 November manakala pengoperasian di Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pula bermula 22 November.

Menurut KPM, ia akan melibatkan kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah.

“Institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

“KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Lima negeri beralih ke Fasa 4 PPN mulai Isnin – Hishammuddin

Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah mula beralih ke Fasa 4 PPN mulai hari ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan hari ini.

Keputusan berkenaan dicapai dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang bermesyuarat, Jumaat lalu.

Peralihan fasa bagi lima negeri itu bermakna hanya Kelantan dan Sarawak sahaja berada dalam Fasa 3 PPN manakala semua negeri serta wilayah lain telah pun berada dalam Fasa 4.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This