PN umum calon Ketua Menteri selepas menang PRN Melaka

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) hanya akan mengumumkan calon Ketua Menteri jika gabungan parti politik itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

WAN SAIFUL WAN JAN/ Gambar FB Wan Saiful

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, yang pasti individu yang akan dipilih kelak adalah yang terbaik untuk negeri Melaka.

“Macam yang saya sebut tadi mengenai calon ketua menteri, ini kita tunggu selepas PRN, dan selepas kita tahu siapa yang menang, siapa yang duduk dalam gabungan kita di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Dan kita pasti akan pilih calon ketua menteri terbaik untuk negeri Melaka. Jadi saya tak nak komen ke situ nanti ia jadi isu lain,” katanya pada sidang akhbar di Melaka hari ini.

Hadir sama Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sidek, Pengerusi Gerakan Melaka, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Beliau ditanya mengenai desas-desus Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara.

Ditanya mengenai keterbukaan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan parti lain jika parti itu menang pada PRN ini, Wan Saiful berkata, Bersatu akan membincangkan perkara berkenaan, juga selepas PRN nanti.

Baca: Ketua Menteri: PH namakan Adly calon tunggal

“Mula-mula fokus kita ialah untuk memastikan PN mendapat bilangan kerusi majoriti yang jelas supaya kita boleh membentuk satu kerajaan yang stabil di Melaka.

“Apa yang berlaku selepas itu, kita tunggu selepas pilihan raya, selepas itu baru kita bincang mengenai isu-isu ini,” jelasnya.

Sementara itu, Kamarudin berkata beliau yakin untuk menyumbang satu kerusi DUN pada PRN kali ini di bawah PN.

“Walaupun Pas tak menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetapi waktu itu pertandingan tiga penjuru dan sebagainya, Pas sudah ada undi teras, jadi apabila berlaku gabungan dalam PN kita jangkakan calon-calon di DUN yang kita letakkan akan bertambah undilah (sebab) undi teras dah ada.

“Macam saya (bertanding) di DUN Duyong, saya dah ada 3,000 undi yang saya peroleh (pada PRU-14). Dengan ada gabungan daripada Gerakan dan Bersatu saya yakin undi akan meningkatlah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong

KENDERAAN hilang kawalan ketika cuba memotong dipercayai menjadi punca kemalangan maut meragut nyawa seorang pegawai polis dan seorang guru...

More Articles Like This