Tak tahu nak masak apa hari ini? Apa kata cuba resipi nasi udang yang Saji kongsikan ini. Mari kita menjadi kreatif agar keluarga kita tidak rasa jemu dengan menu yang dihidangkan. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN
1 kg beras
600 gm udang, dibuang kulitnya
50 gm rempah (serbuk ketumbar)
2 biji kelapa, diambil santan
mengikut banyak beras
200 gm minyak
2 tangkai daun kari
Garam secukupnya

BAHAN-BAHAN PENUMIS
Cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis.

CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Panaskan minyak dan tumis cengkih, bunga lawang, daun kari dan kulit kayu manis hingga naik baunya.
  2. Masukkan serbuk ketumbar yang dibancuh bersama sedikit air, garam dan udang.
  3. Kacau hingga terbit minyak, baru dimasukkan santan.
  4. Biarkan menggelegak baru dimasukkan beras.
  5. Kacau dan biarkan hingga masak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram